Tuesday, May 17, 2005

Kejohanan FutsaLabu kali ke 4 memang hebat!!

--------------------
Memang hebat!!. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai Kejohanan FutsaLabu ke 4 IKMAL yang telah berlangsung pada 6 Februari 2005 (Ahad) bertempat di gelanggang Sport Planet Ampang. Kejohanan yang disertai oleh 20 pasukan handalan dari batch-batch SPM SMAPL menyaksikan pasukan dari SPM 1997 telah menjadi Johan dengan mengalahkan pasukan dari SPM 1991 dengan keputusan 2-1. Johan telah menerima Piala Pusingan (sumbangan Presiden IKMAL), medal, hamper dan wang tunai. Naib Johan telah menerima medal, hamper dan wang tunai.

Kejohanan ini juga turut menyediakan hadiah untuk tempat ke 3 & 4. Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pasukan yang telah terlibat di dalam menjayakan program ini. Walaupun terdapat kelemahan beberapa kelemahan di dalam mengendalikan program ini, pihak penganjur akan cuba untuk memperbaikinya di masa akan datang.
--------------------
Maklumat lanjut boleh di dapati di : IKMAL's webpage

Gambar : Thanks to Judd

nota kaki:
wei..korang tgk sikit badge mana yg tak masuk kalau bukan badge kita. siakkk..buat malu jer. Next time kena masuk jugak wei...mana kaum futsal kita ni? Laa ni Isham n Ihsan je yg rajin turun join geng aku main. eheheh. Mano yg lain?

Monday, May 09, 2005

Gambar - Kenduri Kawin Najib Yusof

Tahniah pd Najib, moga berkekalan hingga akhir hayat hendaknya :)













More photos : Lagi lagi gambau